Thursday 31 December 2015

Projek Turun Padang(POTA) : Usaha untuk Ummah

Di Malaysia , ada beberapa kelompok  yang meraikan Tahun Baru dengan pelbagai cara .

Ada yang meraikan dengan berqasidah , mengira detik countdown di jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur , berjoget di kelab-kelab malam yang terkenal , menginap masuk di hotel bajet bagi pasangan yang belum bernikah dan pelbagai lagi cara yang tidak mampu diungkapkan.

Saya suka kepada suatu benda yang baharu . Saya juga suka akan cabaran . Peranan kita sebagai seorang muslim adalah kita perlu mengambil tahu akan dunia luar dan apa ibrah(baca : pengajaran) yang kita boleh ambil .

Alhamdulillah , saya berkesempatan untuk mengikuti program anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Masjid Jamek dengan kerjasama Abim Pusat , Abim Wilayah Persekutuan , Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan dan Persatuan Pelajar Islam Selangor iaitu Projek Turun Padang (PROTA)


Secara amnya , PROTA ini lebih kepada kajian lapangan . Kita ingin mendapatkan pandangan daripada masyarakat am di Malaysia berkenaan pandangan mereka tentang sambutan Tahun Baru di Malaysia , apa pandangan mereka tentang isu-isu semasa seperti vape dan institusi Islam yang semakin terpalit reputasi dan yang berkaitan dengannya.

Kami dibahagikan kepada tiga kawasan panas sempena sambutan ambang Tahun Baru iaitu Bukit Ceylon , Bukit Bintang dan KLCC .

Bukit Ceylon dan Bukit Bintang terkenal dengan tempat anak-anak muda yang tinggi dengan pengaruh alkohol . Bahkan kita boleh menjumpai mereka terbaring di tepi jalan , ada yang jalan terhuyung hayang dan sebagainya .

Kumpulan kami ditugaskan ke KLCC dan diketuai saudara Mohammed Azlan bin Dhajul Amin atau mesra dipanggil Abg Lan , presiden Pepias 
*yang tengah itu adalah saudara Azlan*

Saya sempat menemubual beberapa orang pelancong . Ada di antara mereka yang berkata sambutan tahun baru ini bagus untuk belia-belia kita kerana ia merapatkan hubungan .

Ada juga respon negatif yang kami peroleh . Ada responden yang tidak bersetuju dengan sambutan Tahun Baru ini kerana ia membuka ruang kepada pergaduhan antara kaum dan bangsa di Malaysia .

Dan respon yang paling saya terkejut , ada responden yang meluahkan kesedihan kerana bangsa mereka sering dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun oleh rakyat Malaysia . 

Kesimpulan yang saya boleh perolehi dari kajian lapangan ini adalah kita sedang memasuki satu fasa yang kritikal kerana Malaysia sedang dimasuki dengan pelbagai fenomena dan gejala yang boleh  merosakkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.

Sebagai seorang Muslim , kita perlu keluar dari zon selesa . Kita tidak boleh hanya duduk diam menantikan keajaiban berlaku dalam mengubah belia-belia Islam . Kita perlu berusaha , turun ke lapangan membantu ummah agar kita boleh mengubah ummah ini ke arah yang lebih baik .

Sejahterakan Malaysia dengan dakwah !

Nukilan oleh Muhammad Irsyad bin Kamaruzzaman , aktivis Persatuan Pelajar Islam Selangor.

Sedikit gambar sebagai tatapan .

bersama sahabat , Rizqan dari Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan dan Nik dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia 

menantikan detik 12 malam bersama ribuan manusia yang membanjiri KLCC dan Avenue K

Lautan manusia membanjiri KLCC

Sesi soal jawab bersama responden 

Berborak dengan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia .

Moga nukilan ini bermanfaat




Sunday 20 December 2015

Spread The Love El Daie

Orang kata , dakwah ni selalunya kena pakai jubah . Orang kata , dakwah ni kena pakai serban lepastu ucap kata-kata Islamik .

So saya nak ubah persepsi tu sikit . Dakwah ni tak semestinya kena pakai jubah , serban and so on . Kadang-kadang , perkara kecil yg mendatangkan kebaikan pun dikira dakwah juga . Senyum tu pun dakwah tau ! 

Siapa kata orang yg belajar agama sahaja yang perlu berdakwah ? Orang biasa-biasa pun boleh berdakwah . Pergh !!! 

Jadi , El Daie iaitu gerakan dakwah kontemporari anak muda telah menganjurkan satu program iaitu Spread The Love . 

Spread The Love , kami bawakan tema Islam Rahmat , Rahmatan lil Alamin . Apa  yg El Daie sasarkan ialah kami nak luaskan konsep dakwah tak semestinya terikat dgn tazkirah-tazkirah yg menyentap . Aktiviti kebajikan juga adalah satu usaha dakwah yg kita boleh aplikasikan ! 

*talk oleh Abang Suhail bin Mohammed Kamaruddin , tokoh Belia Negara 2015.

*talk oleh PU Abu , pencetus Ummah musim ke-3 

El Daie sentiasa ada elemen kejutan . Jadi , semasa peserta-peserta tengah bentangkan hasil perbincangan , kita bawakan tetamu jemputan khas iaitu PU Rahmat , pencetus Ummah musim Pertama ! 

Keesokan harinya , peserta-peserta Spread The Love telah bergerak ke lokasi -lokasi terpilih di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur dalam misi untuk menyebarkan Islam Rahmatan lil Alamin . 

*Feed The Homeless di Pasar Seni , Kuala Lumpur

*Peserta Spread The Love menyantuni gelandangan non Muslim

*Street Dakwah bersama peserta Spread The Love di Pasar Seni , Kuala Lumpur

Alhamdulillah , program Spread The Love telah tamat dengan jayanya . Banyak respon positif yang kami peroleh dari program kali ini . Malahan yang kami kagum , ada peserta yg sanggup datang dari Johor , Pahang , Kelantan dan Pulau 
Pinang untuk menyertai Program Spread The Love.

Apa yang kami harapkan , supaya ukhuwah ni takkan terputus sampai ke akhirnya dan anda semua akan lebih bersemangat untuk menyebarkan Islam sebagai Rahmatan lil Alamin ! 

 


Tulang belakang dalam menjayakan program kali ini , good job El Daie ! 


Respon peserta Spread The Love , rugi kot siapa yang tak join ! 



Jumpa lagi utk program akan datang !


Thursday 23 April 2015

Jangan jadi Muslim yang Pondan

'Eh , kenapa kau cakap orang Islam pondan . Sesuka hati engko je cakap kitorang pondan'

Wah , marah nampak . Dengar dulu apa yang saya cuba nak sampaikan

Bagi sesetengah , pondan itu subjektif . Mungkin juga istilah pondan tu sudah membuat tekak anda berasa geli geleman . 

Uwekkk , geli sungguh engko ni .

Mungkin anda membayangkan bahawa pondan itu adalah satu golongan yang jalannya sungguh lemah gemalai , bahkan mungkin anda juga sedang bersedia untuk muntah sekarang sebab saya pun sudah tidak sanggup untuk mengulas dgn lebih panjang berkenaan 'pondan'

Gelak hingga nampak gigi

Kenapa saya cakap Muslim sekarang pondan ? Bila anda nampak perkataan 'Muslim pondan' , jadi apa yang terlintas di fikiran anda sekarang wahai ikhwah akhawat?

1. Mungkin sekarang ni , anda sedang menggenggam buku lima anda sambil melihat sasaran anda iaitu saya . Gedebushhh

2. Mungkin anda sedang menyiapkan hujah-hujah mak jemah untuk mencaci saya . 

3. Mungkin anda sedang memikirkan secara positif sambil berkata dalam hati 'betullah apa yang mamat tak hensem ni kata , muslim memang pondan'

Kenapa muslim sekarang pondan?

Satu contoh yang mudah ,  kita tahu bila agama kita dihina maka kita akan cuba jadi hero . 

"Islam sedang dihina sekarang , kita wajib lawan orang kafir . Hancurkan mereka!! "

"Weh , tengok tu . Tingkap tu lambang salib . Lagi satu , dalam telefon aku tiba-tiba ada gambar anjing .Akidah kita boleh tergugat sebab benda ni . Ini semua permainan orang kafir . Lawan mereka !!  "

Wahh , sungguh kachak bergaya plus nampak sado bila anda cuba jadi hero . Kalau nak jadi seorang ikhwah yang cuba untuk tegakkan kebenaran , tegakkanlah kerana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudri yang mafhumnya

"Barang sesiapa yang melihat kemungkaran , hendaklah ia mencegah dengan tangan . Jika tidak mampu untuk mencegah dengan tangan , maka cegahlah ia dengan lidah . Jika tidak mampu untuk mencegah dengan lidah , maka cegahlah ia dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman"

Tetapi , kamu sungguh pondan bila kamu sudah nampak kemungkaran di depan mata kamu malahan engko biarkan sahaja perkara itu 

Sadis sungguh perbuatan kamu .

Qudwah bil hasanah , dakwah bil hikmah . Itu adalah senjata bagi para dae'i untuk tarik mad'u agar sasaran kita dapat dicapai .

Semoga Allah menghindarkan kita dari sifat 'cakap tidak serupa bikin' seperti mana yang dicatatkan dalam surat cinta-Nya 

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(Surah As-Saff ayat 2-3)

Senyum

Wednesday 8 April 2015

Tulang sum-sum bergetaran

Anak muda sekarang ada sebahagiannya sering menyatakan impian " apa khabar pemilik tulang rusukku , bagaimana ciri bakal imamku /bakal makmumku " . wahh clichenya ayat saya :'DD
Hari ini , syabab syabab Islam sering dibaja dengan kisah cinta Islamik , kisah suamiku encik sotong , suamiku encik Irsyad . ehh okey tu merepek
Muslim yg dirahmati Allah ,
Cinta itu fitrah ilahi yg lahir bersama sejak dari kita keluar daripada rahim ibu , mama , ummi , emak dsb . Bukannya saya menafikan hak cinta setiap insan ttp dalam kehidupan kita , utamakan yg lebih utama . fiqh aulawiyat itu adalah satu parameter yg perlu kita ikuti sebagai penanda aras dalam kehidupan kita sebagai muslim
Muslim hari ini yg kebanyakannya gemar mengupload gambar bersama bukan ajnabi especially gelprengg , izinkan saya utk menanyakan soalan .
Adakah kamu yakin caption caption sweet kamu itu akan menjadi jaminan bahawa kamu akan kekal dgn pasangan yg kamu belum nikahi itu? Tak mustahil utk saya katakan , akan ada manusia yg akan berusaha utk memutuskan cinta kamu yg kononnya sweet tapi akhirnya akan jadi kenangan pahit
Muslimin yg dirahmati Allah ,
Sebelum membina baitul muslim , persiapkan diri kamu dgn ilmu .
Muslimah , mahalkan diri kamu . Kamu umpama butiran permata yg tiada tolok bandingnya .
Jadilah manusia yg mempunyai kesedaran , bukan bermain dgn perasaan
"Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Di akhirat nnti , Allah tak akan tanya tentang kejayaan kamu dalam bercinta ttp Allah akan tanya kamu apa yg telah kamu buat utk ummah .
Cinta itu mungkin , tetapi mati itu pasti
Senyum

Sunday 15 March 2015

Moga Allah bersama Kalian

"Ummi , bangun . Abi , bangun . Tolong ummi , abi tolonglah bangun" jerit anak kecil itu menggoncangkan kedua tubuh ibu dan ayahnya yang sudah tidak bernyawa .

Boommm!!!!! "lari semua , tentera Bashar sedang menyerang . Selamatkan diri " jerit seorang anak muda mengarahkan penduduk berhampiran agar lari daripada cengkaman rejim Bashar Al-Assad

Ini hanya sebahagian daripada liku-liku yang dihadapi oleh rakyat Syria . Mungkin lebih teruk , kita tidak tahu . Subhanallah

Tahan airmata tu .

Cuba bayangkan , kalau Malaysia ni jadi seperti Palestin dan Syria . Cuba pejam mata then bayangkan , pejam mata secara ikhlas dan selami .

Waktu itu , kita tengah seronok menghadap laptop  . Ada anak-anak kecil tengah main kejar-kejar dekat laman hadapan rumah . Kaum-kaum ibu sedang seronok berborak manakala kaum ayah pula sedang khusyuk membaca surat khabar.

Tiba-tiba , datang satu kumpulan tentera mengacukan senapang dan bertanyakan maklumat tapi mostly of us diam sebab tak tahu , Tak semena-mena , seorang tentera tembak ayah kita di hadapan keluarga kita sendiri , ibu kita dipukul secara bertubi-tubi , kakak dan adik kita dibawa pergi entah hilang ke mana . Yang tinggal hanya kita seorang , tanpa kaum keluarga di sisi .

Mesti ada antara kalian yang terfikir , betul ke apa yang incheirsyad tulis ni . macam tipu jer , macam tipu jer . okay sila muntah hijau jika anda sudah terikut gaya pembacaan tadi


Hakikatnya , itu adalah satu contoh dari kejadian benar yang sedang berlaku di Palestin dan Syria sekarang . Ya , mungkin kalian tidak percaya tapi ITULAH HAKIKATNYA .

Cuba fikir , dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia yang masih dalam zon selesa tidak ditimpa sebarang musibah . Apa yang kita buat untuk bantu mereka ? Adakah masa kita lebih banyak dihabiskan ke arah perkara yang sia-sia ? Adakah lebih banyak amal kebaikan yang kita buat berbanding perkara keburukan?

Jatuh terjelepok .

Apa yang kita sudah lakukan demi ummah ? Renung kata-kata saya . APA YANG KITA SUDAH LAKUKAN UNTUK UMMAH?

Kalau tiada , usahakan untuk melebihkan amalan kebaikan dalam kehidupan seharian . Pupuk amalan suka membantu orang lain yang berada dalam kesusahaan
Pernah dengar kisah wang RM 1 dan RM 50 ? Bila wang RM 1 bertanya kepada RM 50  berkenaan tempat yang sudah dilawati lalu dengan perasaan megah RM 50 menjawab  "aku sudah pergi ke tempat-tempat yang mewah seperti Paris , Star Cruise dan lain-lain.

Lalu soalan sama diajukan kembali RM 1 dan apa jawapan yang diberikan ? "Hmm , macam biasa lah , tabung kebajikan takpun masjid"

Bantulah rakan-rakan kita di luar sana yang sedang kesusahan dengan  sedaya upaya kita . Kalau Allah kurniakan rezeki lebih , kongsi dengan kawan-kawan lain .

Senyum

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَه

"Dan barang sesiapa yang membuat amal kebaikan walau sebesar zarah , nesacaya dia akan melihat balasannya"

-Surah Al Zalzalah , ayat 7-


Moga Allah reda dan genap lima tahun revolusi Syria yang masih tidak berkesudahan .








Friday 13 March 2015

Salam Ukhuwah Gitewww

Assalamualaikum , rasa-rasanya last gue post dekat blog jahiliyah kira-kira 2 tahun yang lepas . Ohhh rindunya masa jadi blogger picisan dulu *tangan di bahu , mata ke atas*


Dasawarsa , ehhh kau berbahasa puitis pulak wahahahaha . Sebenarnya , dah lama  tuan punya blog ni nak menceburkan diri kembali dalam dunia blogger ni aicewah . Rasanya mesti engkorang fikir aku ni main-main je kan ? Betul , seriusnya aku rasa terpanggil nak kembali menulis sebab..........

Jeng ........ Jeng ......  Jeng........ Tekalah . Haa itu akan diberitahu pada masa yang sesuai nanti *muka hampa*


So tak kenal  maka tak Chenta lah jawabnya . Maka , incheirsyad pun sudah memikirkan tajuk yang sesuai iaitu Nak Kenal Boleh?


Dalam kehidupan kita as manusia yang mengikut istilah sains "homosapiens" ataupun الناس  dalam Bahasa Arab , secara lahiriahnya kita akan melalui proses berkenalan . Dari engko dalam rahim emak/mama/ibu  , engko dah melalui proses mengenal . Sampailah engko lahir hingga engko kembali kepada Rabbul Jalil , engko akan lalui proses mengenal .

Penting sangat ke buat proses mengenal ni? penting sangat ke!!!!!!!!  *ketap gigi sambil menjerit*


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat ke 13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Senyum


Nampak tak betapa chantiquenya aturan yang Allah dah tetapkan . Senyum lagi sekali


Alhamdulillah , kan comel + manis bila senyum . Senyum nombor tiga 


Osem tak ? Haruslah osem . Kenapa saya kata osem banget sebab Allah itu Tuhan yang Maha Agung. Cuba bayangkan , kalau kita tak melalui proses mengenal  adakah kita akan kenal siapa ibu bapa kita? adakah kita akan kenal siapa keluarga kita?  Dan Sayyid Qutb dalam Tafsir fi Zilal Al Quran mentafsirkan ayat ini seperti berikut 

“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”

Tapi , dalam proses kita nak berkenal-kenalan bukannya semberono kita langgar . ada garis panduan yang kita kena ikut , seeloknya ikutlah cara yang tidak menyalahi syara . 

Konklusinya , berkenal-kenalan lah sesama manusia supaya ayat-ayat chenta Allah dan Rasulnya dapat disebarkan sekaligus menambahkan rasa chenta kita kepada-Nya

Salam Ukhuwah Gitewwwwww  

Senyum .