Thursday, 31 December 2015

Projek Turun Padang(POTA) : Usaha untuk Ummah

Di Malaysia , ada beberapa kelompok  yang meraikan Tahun Baru dengan pelbagai cara .

Ada yang meraikan dengan berqasidah , mengira detik countdown di jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur , berjoget di kelab-kelab malam yang terkenal , menginap masuk di hotel bajet bagi pasangan yang belum bernikah dan pelbagai lagi cara yang tidak mampu diungkapkan.

Saya suka kepada suatu benda yang baharu . Saya juga suka akan cabaran . Peranan kita sebagai seorang muslim adalah kita perlu mengambil tahu akan dunia luar dan apa ibrah(baca : pengajaran) yang kita boleh ambil .

Alhamdulillah , saya berkesempatan untuk mengikuti program anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Masjid Jamek dengan kerjasama Abim Pusat , Abim Wilayah Persekutuan , Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan dan Persatuan Pelajar Islam Selangor iaitu Projek Turun Padang (PROTA)


Secara amnya , PROTA ini lebih kepada kajian lapangan . Kita ingin mendapatkan pandangan daripada masyarakat am di Malaysia berkenaan pandangan mereka tentang sambutan Tahun Baru di Malaysia , apa pandangan mereka tentang isu-isu semasa seperti vape dan institusi Islam yang semakin terpalit reputasi dan yang berkaitan dengannya.

Kami dibahagikan kepada tiga kawasan panas sempena sambutan ambang Tahun Baru iaitu Bukit Ceylon , Bukit Bintang dan KLCC .

Bukit Ceylon dan Bukit Bintang terkenal dengan tempat anak-anak muda yang tinggi dengan pengaruh alkohol . Bahkan kita boleh menjumpai mereka terbaring di tepi jalan , ada yang jalan terhuyung hayang dan sebagainya .

Kumpulan kami ditugaskan ke KLCC dan diketuai saudara Mohammed Azlan bin Dhajul Amin atau mesra dipanggil Abg Lan , presiden Pepias 
*yang tengah itu adalah saudara Azlan*

Saya sempat menemubual beberapa orang pelancong . Ada di antara mereka yang berkata sambutan tahun baru ini bagus untuk belia-belia kita kerana ia merapatkan hubungan .

Ada juga respon negatif yang kami peroleh . Ada responden yang tidak bersetuju dengan sambutan Tahun Baru ini kerana ia membuka ruang kepada pergaduhan antara kaum dan bangsa di Malaysia .

Dan respon yang paling saya terkejut , ada responden yang meluahkan kesedihan kerana bangsa mereka sering dianggap sebagai masyarakat yang tidak bertamadun oleh rakyat Malaysia . 

Kesimpulan yang saya boleh perolehi dari kajian lapangan ini adalah kita sedang memasuki satu fasa yang kritikal kerana Malaysia sedang dimasuki dengan pelbagai fenomena dan gejala yang boleh  merosakkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.

Sebagai seorang Muslim , kita perlu keluar dari zon selesa . Kita tidak boleh hanya duduk diam menantikan keajaiban berlaku dalam mengubah belia-belia Islam . Kita perlu berusaha , turun ke lapangan membantu ummah agar kita boleh mengubah ummah ini ke arah yang lebih baik .

Sejahterakan Malaysia dengan dakwah !

Nukilan oleh Muhammad Irsyad bin Kamaruzzaman , aktivis Persatuan Pelajar Islam Selangor.

Sedikit gambar sebagai tatapan .

bersama sahabat , Rizqan dari Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan dan Nik dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia 

menantikan detik 12 malam bersama ribuan manusia yang membanjiri KLCC dan Avenue K

Lautan manusia membanjiri KLCC

Sesi soal jawab bersama responden 

Berborak dengan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia .

Moga nukilan ini bermanfaat




1 comment: